A confession of a slave.
Bismillah
Hati berbunga.
Semalam, saya rasa berbunga-bunga. Bukan angau ke apa, cuma gembira. Contented. Ada juga orang yang masih ingat dan sudi reply. Nampak kecil je kan effort dia tu. Apalah sangat reply untuk comments. Out of curtesy je pun. Tapi it means a lot to me. Kenapa? It made me happy. Tersenyum saya. Senyum saya tu, gembira saya tu sehingga terbit syukur dan berterima kasih kepada Allah.
Allah yang hantarkan actor tu untuk menggembirakan saya dengan hanya that very simple reply. Point is, Allah mahu saya berasa happy and remember Him. I was and I returned it to Allah. Alhamdulillah.
“Ya Allah, terima kasih kerana buatkan aku gembira. Aku syukur kerana aku rasa berbunga macam ni. Terima kasih, ya Allah. Aku ni bukannya sesiapa. Kau hantarkan orang untuk menggembirakan aku sekejap.”
Sebak bila saya fikirkan. Betul, emosi pulak lepas tu. Emosi saya akhir-akhir ni macam roller coaster betul. Saya lantas terfikir. Aduhai, Allah beri saya macam-macam untuk gembirakan saya. Every little thing. Kalau nak pandang dari sisi menggembirakan, memang banyak sangat Allah beri ruang dan peluang untuk saya to feel happy, light-hearted, appreciated, blessed. Exactly how I felt yesterday morning.
We had fun in NY.
Kebetulan pula dia seorang pelakon famous. Kami kind of baik ketika trip ke New York. Sama-sama first time ke Stockholm - New York, bersama beberapa crew yang lain. Most of us were first time in NY. Kami semua sama-sama berjalan di Broadway, Little Italy, Times Square… kami sama-sama jakun tengok snow, main snow ball fight, sama-sama menghayati Ground Zero. Duduk di kaki lima memerhatikan manusia yang berpusu-pusu. Naik Subway. So, we shared the same experience and excitement. Itu je. Bukan special mana pun. Only some alike memories with a few others. Funny, mostly.
Mudah je kan nak rasa gembira?
Kenapalah saya selalu terlintas memikirkan akan makhluk sedih dan kecewa. Selalu bertanya apakah kekurangan saya ya? Mesti banyak. Sampai tak ada kekasih hati, ha. Gittew… hahaha. Tapi, ha, camtulah otak saya memainkan perasaan dan fikiran saya. Buang masa sahaja. Betul.
Hai, kenapalah saya ni?
Sebab tu. apabila saya berasa gembira sangat he replied my comment, saya amat teringatkan Allah. Ya. Allah yang mahu saya gembira dengan that simple comment. Saya yakin, Allah menjawab doa saya. Kerana setiap kali saya berdoa, saya sentiasa minta Allah agar kurniakan saya kehidupan yang bahagia, mudah dan gembira. Anak-anak yang soleh, sihat inside out, that I am surrounded by good and loving souls too. Lillahitaala. Demi anak-anak serta mereka di sekeliling saya.
Menitik air mata saya tau. Terharu kerana rasa dipilih oleh Allah untuk dapat rasa bahagia tu. Asbab dari komen yang simple je. Thank you to the actor. May Allah grant him great health and always keep him safe, and steadfast on Allah’s path. Amiin, amiin, amiin..Confession.
Lepas tu, saya lap air mata, ambil wudhu untuk solat dhuha. Allahuakbar. Drama air mata lagi ketika wudhu. Masa tu Ainul Yaqeen saya dah menebal, Haqqul Yaqeen sudah melepasi bumbung hingga ke langit dah. Rasa itu yang Allah izinkan kerana mahu saya rasa dekat denganNya. Yakin akan kewujudanNya dan pertolonganNya. Rasa sebak, bahagia dan air mata itu terbawa-bawa hingga ke solat. Lebih lebat lagi ketika di sujud akhir. Dan ketika berdoa. Subhanallah…
Maka, saya ambil peluang tu untuk saya berbual panjang dengan Allah. Memohon ampun, meluahkan, berterima kasih, mengadu kepada Tuhan yang Esa. Saya cerita semua yang terbuku di dada saya ni. Saya lepaskan ikatan yang merantai fikiran saya, that have been procastinating my mind to feel better. Saya hamparkan impian-impian saya. Benar-benar lega. Sungguh.
An honest confession of a sinner to her God.
A real slave to her Lord.Besar sungguh kuasa Allah.
Dia yang memegang hati kita. Dengan hanya balasan komen biasa je, gembira dan bahagianya saya hingga berasa syukur dan sayang dariNya. Allahumma Ya Rahman, Ya Rahiim..
Saya terfikir. Mengapakah kita sebagai manusia suka untuk mahu terus hanyut dalam sedih dan kecewa, rasa terlalu rendah diri, rasa tak berharga. Padahal, sangat mudah dan murah untuk mendapat bahagia. In fact, free.
Solat, free.
Mengaji Al Quran, free.
Berzikir, free.
Bersedekah pun ada yang version free juga.All we need is to always relate back to Allah in everything we face, see, hear, feel and live on.
Bukalah hati, lihatlah yang baik dan bahagia untuk jadi lebih baik dan bahagia.
You choose.
Hadith
-وعن أبي محمد فضاله بن عبيد الأنصاري رضي الله عنه ، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : "طوبى لمن هدي إلى الإسلام ، وكان عيشه كفافا ،وقنع " ((رواه الترمذي وقال :حديث حسن صحيح )).
Fadalah bin 'Ubaid Al-Ansari (May Allah be pleased with him) reported:
I heard the Messenger of Allah (ﷺ) say: "Happiness is due to him who is guided to Islam and possesses provision that suffices him for his day and remains content."
[At- Tirmidhi, who classified it as Hadith Hasan Sahih].
Riyad as-Salihin, 512
In-Book Reference: Introduction, Hadith 512- - -
Ground Zero. Ada a few other photos with the others. I wasn't wearing hijab and my old ipad is dead. Banyak gambar kat situ. Gambar ni terselamat sebab i uploaded it in fb. Ada yang muka kami semua muka teruja tengok snow turun malam-malam buta pakai pyjamas and heavy jackets. Ada yang di Times Square. ada juga di Little Italy.
TZ
9:37 pm
Telok Mas, Melaka.




Comments