Itu biasa.

 Bismillah

Semasa saya di sekolah berasrama penuh, saya dapat merasa yang saya tidak disukai. Haha. Tak tahu kenapa. Part of it, mungkin saya tak reti berkawan, mungkin saya juga seorang yang kasar. Tahu tak korang yang saya juga pernah membuat cubaan meniru semasa peperiksaan pertama di tingkatan satu. Allahuakbar…

Kenapa saya buat begitu, ya?  

Kerana saya takut. Takut sebab saya tak tahu nak jawab apa. Saya tak tahu kenapa saya sangat tak yakin masa awal-awal persekolahan di sekolah berprestij tu. Sahabat-sahabat yang lain sangatlah bijak. Subhanallah.. saya ni memang ke laut dalam jika di bandingkan dengan mereka semua.

Satu lagi, saya tak boleh study langsung. Saya ingat lagi, kerja saya adalah tidur sahaja. Saya tak mampu untuk stay up macam kawan-kawan yang lain. Mereka juga rajin buat study group. Di study room di asrama, kat kelas masa prep..  Dan semestinya saya tak pernah di ajak. Mungkin saya banyak cakap? Sebab tu mereka tak gemar berkawan dengan saya?

Kalau ajak pun, entahlah. Rasanya takde yang mengajak pun. Kalau tanya soalan, dorang jawab begitu-begitu je. Tak ada yang betul-betul ajar saya bersungguh-sungguh. Adalah sorang dua. Tapi hanya boleh tanya kalau free je. Selebihnya saya ingat, after many rejections saya hilang motivasi untuk belajar.

Saya ingat macam-macam peristiwa di sekolah menengah saya

Tingkatan satu hingga tiga, mostly saya lone-ranger. Ikutlah juga kawan-kawan yang lain sekelas, tapi saya jarang ada best friend or good friend to be with. Saya ok dengan semua group. Saya rasalah.. haha tapi yang pastinya jika ada apa-apa rahsia antara girls, sayalah orang yang tak tahu menahu langsung selalunya. Gossip ke, apa ke.. Siapa kapel dengan siapa.. betul saya tak tahu. As I said, mungkin kerana saya ni pelik, kasar dan entah. Tak tahulah. I was just being myself, a kampung girl, from a very rough background. Very angry all the time father and very strict mother. Produknya, sayalah.

Masuk menengah atas, saya dah ada kawan rapat sekelas. Kelas tingkatan empat kami adalah kelas ‘dimasukkan semula' kerana kebanyakkannya PMR hampir semua subjek A, atau majoriti A, tetapi subjek Sains B, C atau D. Sempatlah saya bersekolah biasa selama sebulan di IJC, Melaka. Jadi kami sekelas masuk lambat sedikit dari yang lain, dan ingatkan kami tidak lagi terpilih masuk ke SMSS. Dan ada juga students baru, atau selalunya digelar Form 4 baru. Ketika ini barulah ada sekepala, mungkin. Boleh berbual dan bergurau. Tanpa berkecil hati. Tak berkira atau berkisah.

Saya pernah menjadi AJK Majalah Sekolah

Saya bahagian apa agaknya, tak ingat dah. Tapi saya ingat, yang saya ada buat iklan dan tampalkan di board info di ground floor asrama. Iklan penulisan, kepada sesiapa yang mahu hantar karya mereka bolehlah dihantarkan kepada saya. Sayalah yang akan taip dan susunnya untuk penerbitan majalah.

Yang ini saya masih ingat sangat. Sehingga kini saya tak tahu pelakunya, tapi saya dah maafkan. Dari hari kejadian tu pun saya dah maafkan. Saya ingat lagi perasaan tu bila saya ternampak perkara tu. Hancur luluh hati saya. Sedih. Siapalah yang sanggup buat begitu? Tapi saya pada masa tu terdiam dan diamkan sahaja. Teringat pesan mak, biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Korang tahu tak apa pelaku tu buat? 

Pelaku tu menconteng semua iklan saya di seluruh sekolah. Dia atau mereka menconteng-conteng hingga berlubang di nama saya. Sedihnya saya pada masa tu. Jika saya boleh teringatkannya sehingga ke hari ini, maksudnya, dalamlah lukanya tu.

Adalah beberapa pelajar beritahu saya hal ini. Siapa yang buat. Tapi saya pilih untuk membiarkan sahaja. Percaya pun tidak, tak percaya pun tidak. Semata-mata buat bodoh je. Though I was really sad, I still am whenever I thought of it, tapi sedihnya sekarang sudah bertukar menjadi kasihan. Mengapalah ada yang sampai begitu sekali busuk hatinya terhadap saya. Apakah yang telah saya lakukan terhadapnya yang teruk-teruk, ya? 

Seingat saya.

Saya tak pernah jadi top 3 in class. Selepas first exam di tingkatan 1, saya hampir corot tau? Saya bangkit sedikit. Saya selalu dapat nombor 11, 12, atau 10. Paling bagus nombor 5. Jadi, jika pelaku dengki kepada saya kerana saya pandai, hahahaha memang taklah.

Saya juga tak hebat mana bersukan. Ya, wakil sekolah setiap tahun. Hoki, bola baling.. tapi saya bukan star player. Melengkapi sahaja. Dan saya pernah juga jadi pemain simpanan. Nak jealouskan saya kat bahagian ni pun.. alahai.. hahah

Semasa di sekolah, berat saya mencecah 60 hingga 62 kilo. Bermakna, saya gemuk ya, tuan puan. Untuk remaja berusia 16 tahun, dengan berat itu dan ketinggian 160 kot, not fully grown, saya gems. Cermin mata saya tebal, Ya Rabb. Masa tu mak apak tak mampu nak belikan cermin mata high index. Maka, pakailah saya spek tebal seinci tu. Secret admirer pun takde, apa lagi pakwe. Memang takde. So, kalau nak mendengki pada saya bab kecantikan, saya memang Betty En SMSS. Tak lawa langsung.

Apa lagi? 

Masa tu saya terfikirlah. Apa salah aku ek? Pastu saya dah lupakan. Saya memang ‘kerek’ dulu. Bukan sombong. Malas nak layan semua orang, lantaklah. I was just me. Juga nak menjaga diri dari disakiti. Hati ni hati tisu juga. Walaupun Nampak ok, saya simpan sedih saya di dalam jiwa. Lihatlah peristiwa conteng nama saya di iklan untuk majalah sekolah. Sampai sekarang saya simpan. 

If I am allowed to do this.

If, (Ya Allah, please forgive me) given a chance if I could turn back the time, I wouldn’t want to go back to sekolah menengah during those sad times. It was not a good memory of much. Well, adalah great and sweet memories. Banyaaak sangat. Ramai je sahabat-sahabat di SMSS yang sekarang jadi BFF saya. Dah dewasakan kita semua ni. Dah maafkan pun semua yang buat tu.

Cuma, ini untuk saya, kalau boleh, saya tak mahu ulang semula hidup di dalam suasana tu. Dengki je kat saya, dan saya tak tahu kenapa. Dan susahnya belajar, susah tanpa support, tanpa good friends dan susahnya nak survive sebab mak apak tak mampu beri duit poket. Tak pernah jenguk saya pun kat SMSS tu. Sekali tu hantar masa pendaftaran. Lima tahun seterusnya, pandai-pandailah kau. Itu, dah besar ni baru saya faham, mak apak tak mampu.

Walaupun pada masa tu saya rasa dibuang, tak disayangi, tak dihargai. Sebab mak apak selalu jenguk abang saya di Mozek. Juga adik saya di MHS kemudian ke sekolah Teknik. Tapi saya? Sekali pun tak pernah. Anyway, lupakan. Haha masa tu saya tak faham yang pada zaman tu mak apak adalah fakir. Mungkin saya faham, tapi keluhan anak remaja yang hanya perlukan kasih sayang dan bimbingan. Nak luahkan perasaan sedih pun, tak mampu. Tahan je lah.

Saya mahu ke zaman tu untuk perbetulkan cara pembelajaran saya. Makan sayur, makan vitamin (sebab saya anemia, sebab tu selalu tidur). Belajar bagus-bagus, dapat gred bagus-bagus yang cemerlang. Walaupun keputusan SPM saya gred 1, but I know I can do better. Itu je. I want to do better, boleh kerja bagus, pergi belajar luar negeri, banggakan mak apak and now anak-anak.

Apakah point saya menulis ni? 

Satu, saya nak let go memory orang conteng iklan saya. Damailah kau pelaku. Aku maafkan. Aku dah maafkan dari dulu lagi. Aku minta maaf jika aku ada kesilapan yang mengguris hati kau yang membuatkan kau bertindak begitu.

Dua, saya ingin melafazkan syukur kepadaNya kerana memberikan saya hati yang kental, kenyal dan padu. Alhamdulillah saya tak tergelincir emosi, saya tak mengamuk pecah-pecahkan pintu loker ataupun gunting baju sekolah pelaku. Alhamdulillah saya menjadi juga sekarang. Walaupun rumah bersepah, tapi oklah. I think I am on the right path. Hahaha.

Tiga, saya berharap dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala, agar anak-anak saya mendapat kehidupan yang lebih baik dari saya. Anak-anak saya punya akhlak yang baik. Pelajaran Deen dan akademik yang cemerlang, dikelilingi oleh orang yang menyayangi mereka, sahabat-sahabat yang baik, kind and grow together. Semoga Allah lindungi anak-anak saya dari hasad dengki dan penyakit hati manusia. Amiin.. amiin.. amiin…

Akhir sekali, saya doakan segala kebaikan buat kalian yang sudi membaca penulisan saya ini. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, rezeki yang halal serta ilmu yang bermanfaat, dan dijauhkan kita semua dari fitnah dunia, azab kubur dan api neraka. Amiin..

Al-Anbiya 21:41

وَلَقَدِ ٱسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُواۡ مِنْهُم مَّا كَانُواۡ بِهِۧ يَسْتَهْزِءُونَ

And already were messengers ridiculed before you, but those who mocked them were enveloped by what they used to ridicule.

Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

Ayat di atas bukan saya tujukan kepada pelaku atau sesiapa. Saya ambil contoh kerana ingin highlightkan bahawa; sedangkan semua Rasul-Rasul Allah diuji dengan ejekan dan tohmahan, siksaan. Apakan lagi kita, hambaNya yang kerdil ini. 

Allahkan ada. Pastinya ada kebaikan pada setiap pedih dan luka yang di alami tu. 









TZ

9.20pm, 27/8/2022

Telok Mas, Melaka

Comments

Akak, writing will heal insya-Allah.
Saya juga memilih menulis sebagai terapi.
Terima kasih atas tulisan ini Kak. Melihat diri membesar di awal usia remaja, ada banyak perkara boleh jadi peringatan seterusnya.
Zaliah Hassan said…
Allahuakbar.. Terima kasih Aina. Akak banyak belajar dari Aina. May Allah bless you with a lot more love and kindness.

Popular Posts