Menumpang rezeki Apak
Bismillah
Setiap pagi memang begini.
Pagi tadi, selesai subuh, sambil goreng jemput-jemput untuk sarapan dan bekal sekolah anak-anak, hati saya terdetik untuk bawa apak sarapan. Lepas tu, niat tu macam hilang sendiri sebab waktu gawat. Rushing untuk hantar anak ke sekolah, sambil mulut ni tak berhenti berkicaukan checklist untuk dorang.
Bekal dah amik?
Botol air?
Have you brushed your teeth?
Socks?
Shoes?
Tag pengawas?
Tag monitor?
DAAHHHHHHH…. Jawab mereka Panjang. Automatic macam robots.
Entah ya entah tidak tu dengan dah dorang tu. Tapi, hari ini dorang ok. Semua ada. Kecuali tag monitor. Dimana sudah dak E letakkan. Tenggelam timbul tag dia. Hm…
.
Perjalanan ke sekolah selalunya dalam 20 ke 30 minit. Biasanya kami bercerita sedikit, atau berzikir dan selawat sama-sama.. ataupun dorang tidur je.
Ke rumah Mak Apak itu mesti.
Lepas hantar mereka, saya ke rumah Mak seperti biasa. Sambil cuci kaki Mak, Mak suruh saya bawa Apak beli ikan.
Lauk dah habis. Daging takde, ayam takde, ikan pun takde. Apa lauk nak masak kang? Kata Mak.
PAK, O PAK! Jerit Mak. OOO APAKKAU… BELI IKAN! LAUK DAH HABIS.
Mak melambai pada apak yang hanya 5 meter jauh dari kami. Lately, pendengaran Apak lebih teruk dari sebelum ni. Sekarang ni kami banyak guna isyarat tangan kalau nak berkomunikasi dengannya. Jeritlah kuat mana pun, samaada Apak tak dengar, atau Apak dengar tapi nanti dia akan cakap yang kita ni kalau bercakap, nak menengkingggg aje. Bengis! Hahahaha ya.. kena banyak urut dada saya ni. Sabau je le. Apa nak buat kan?
Ajak dak Zal pergi beli ikaaannn…. Jawab mak selepas Apak sampai dekat dengan kitorang.
Marile. Kejap lagi tapi lepas basuh kaki Mak. Jawab saya.
Kedai ikan dan sarapan.
.jpeg)
Sampai di kedai ikan, phiuh. Berpusu-pusu orang membeli. Ikan-ikan besar-besar dan sangat segar. Saya kagum dengan keluarga berbangsa Cina. Mereka kalau membeli ikan… banyak dan besar-besar! Harga mencecah 200 ke 400 ringgit sekali berbelanja ikan itu sangat biasa situasinya di sini. Tadi ada nyonya tu beli ikan tenggiri besar dua lengan, nak buat fishball katanya. Ko ada? Haha
Kitorang, rm 60 pun dah rasa, mahalnya!! Hahah. Bagusnya di kedai ni, ikan-ikan semua fresh. Mahal sedikit tak apa. Tapi ikan memang sangat baru dan keras lagi. Manis isi tau. Buat masakan apa-apa je, isi tak mudah pecah atau lerai.
Lagi, kedai ni, dia tolong siang dan buang perut semua siap. Senang kerja. Balik, kita cuma kosek dengan garam untuk buang hanyir, masuk ziplock, store dalam freezer ikut kuantiti masak. Bila nak masak, keluarkan dan thaw 1 pack je. Mudahkan?
Saya pilih sebakul, ikan cencaru besar-besar lengan 5 ekor, selar papan lebar tapak tangan dua ekor. Apak dalam 7 ekor cencaru. Kami passkan pada Mutu untuk siang dan buang kulit.
Kak, marile sarapan. Lama ni kalau nak tunggu. Mari le. Ajak Apak.
Ha, oklah.
Main menu kedai: Capati, RM 1.20 sekeping.
Kami berjalan sedikit ke deretan kedai sarapan. Ada jual capati sepinggan yang ada saya sharekan hari tu, ada kedai jual roti canai belah sana sikit, dan gerai goreng-goreng. Kami menuju untuk duduk di kedai capati.
Ni yang kawin mat saleh maghin tak ingat?
Jenal! Sihat? Ko apa khabar.
Aduhai… sana sini. Macam YB apak aku ni. Malu pulak saya. Macam nak pakai niqab je. Haha dah lah saya pakai fesyen asal boleh, aka fesyen baju menghantar-anak-ke-sekolah yang beserta pasrah serta tawaduk, dengan keyakinan yang tinggi!
Kak, ko kenal pakcik Jenal tu? Sedara mak tu.
Tak. Jawab saya.
Murah rezeki.
Ko hulurkan pada Jenal. Kata Apak sambil menghulurkan rm 20 kepada saya. Meja pakcik Jenal tu belakang saya je.
Pakcik, Apak bagi. Saya hulurkan kepada Pakcik Jenal pula.
Eh, terima kasih eh Bang Asan.
Apak angguk. Order kami sampai, Apak nak bayar.
Man, berapa ni?
Dah bayau a.. dah ada orang bayaukan. Kata Pakcik Man Capati.
Tu ha. Pakcik Man tunjukkan lelaki yang panggil Apak, Tok, tadi.
Saudara kakak ipar saya, kata Apak. Oo .. biasalah saya. Oo jelah saya. Haha. Saya angguk ke arah mamat tu tanda terima kasih.
Ni makkau nak belikan apa? Lontong?
Capati? Cadangan saya.
Dah habis.. mana ada lagi? Kata Apak.
Apak makan separuh sahaja capatinya. separuh lagi disuakan pada saya. Eh, semestinya boleh! Apak pun berjalan ke kedai roti canai untuk order lontong untuk mak.
Pak, akak pegi amik ikan he.
Ha. Apak tunggu sini he. Sambil tuding ke luar kedai.
Ha, ok.
Ikan-ikan kami belum bersiang.
Sampai di kedai ikan, bakul-bakul kami masih belum bersentuh.
Dah siap?? Tanya saya.
Alamaaaakk… kata Henry, tukang siang ikan.
Sudah lupa lah. Bos asingkan taruk tepi, langsung lupa.
Mereka pun terus siang ikan-ikan kami. Sambil menunggu, saya ambillah gambar mana yang boleh.
Alamakk… sudah datang, sudah datang, kata Mutu, sambil menimbang ikan-ikan untuk pelanggan.
TAK SIAP LAGI??? Kata apak kuat.
Kami gelak sahaja.
Sudah lupa la boss… Kata Henry.
Op! Apa khabar? Apak menegur seorang pelanggan lelaki yang agak tinggi dan berkulit brown Serani di gerai sayur di sebelah kedai ikan.
Ni tengok adik kau kerja siang ikan main-main. Banyak main. Sudah lama aku tunggu. Sambung apak kepada lelaki tadi.
Adoi, dia cakap sama abang saya pulak. Jawab Henry sambil ketawa besar.
Little things that make me happy.
Gembira saya. Simple happiness macam ni, saya tak pernah rasa semasa saya tinggal di bandar. Walaupun kawasan kami ni kawasan bandar, tapi kehidupan sangat tenang dan cool. Cost of living pun lebih kurang sahaja. Murah sikit here and there kat sini. Tapi nilai-nilai kehidupan, bagi saya, setakat ni, there is no other place like Melaka.
On the way balik, di dalam kereta,
Lontong pun free. Dorang taknak amik duit. Bagitau apak.
Allah, murah betul rezeki apak. Alhamdulillah.
Sebenarnya, bukan hari ini sahaja contoh betapa murahnya rezeki apak. Jika di ikutkan, kehidupan apak dan mak juga amat mudah dan murah. Kedua-duanya tak pernah bergaji, hanya seorang nelayan dan seorang cuci baju di rumah orang. So, tak ada pencen. Harapkan duit bantuan JKM untuk apak sahaja. Mak pula, mulai tahun ni dah tak terima lagi peruntukan bulanan bagi bantuan belanja makanan yang RM 200 tu dari Pusat Zakat. Dah buat rayuan pun, tetap jawapannya tak lulus. Kata mereka Mak sudah melepasi Haddul Kifayah.
.
Entahlah, apa yang dimaksudkan dengan Haddul Kifayah oleh pegawai zakat tu pun, macam tak berapa kena dengan keaadaan dan taraf kehidupan Mak dan Apak. Dengan saya yang single mother with two kids yang menjadi penjaga sepenuhnya untuk Mak Apak. Namun, kami semua berlapang dada sahaja.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TZ

Apak hanya pandang kosong, agaknya bila tersedar kami berkata-kata sesuatu, Apak jawab.
APA MAH? Jawab apak, annoyed.
Terjerit-jerit kau nih!
Mak melambai pada apak yang hanya 5 meter jauh dari kami. Lately, pendengaran Apak lebih teruk dari sebelum ni. Sekarang ni kami banyak guna isyarat tangan kalau nak berkomunikasi dengannya. Jeritlah kuat mana pun, samaada Apak tak dengar, atau Apak dengar tapi nanti dia akan cakap yang kita ni kalau bercakap, nak menengkingggg aje. Bengis! Hahahaha ya.. kena banyak urut dada saya ni. Sabau je le. Apa nak buat kan?
Ajak dak Zal pergi beli ikaaannn…. Jawab mak selepas Apak sampai dekat dengan kitorang.
Ko boleh
anto Apak? Tanya Apak.
Marile. Kejap lagi tapi lepas basuh kaki Mak. Jawab saya.
Kedai ikan dan sarapan.
.jpeg)
Sampai di kedai ikan, phiuh. Berpusu-pusu orang membeli. Ikan-ikan besar-besar dan sangat segar. Saya kagum dengan keluarga berbangsa Cina. Mereka kalau membeli ikan… banyak dan besar-besar! Harga mencecah 200 ke 400 ringgit sekali berbelanja ikan itu sangat biasa situasinya di sini. Tadi ada nyonya tu beli ikan tenggiri besar dua lengan, nak buat fishball katanya. Ko ada? Haha
Kitorang, rm 60 pun dah rasa, mahalnya!! Hahah. Bagusnya di kedai ni, ikan-ikan semua fresh. Mahal sedikit tak apa. Tapi ikan memang sangat baru dan keras lagi. Manis isi tau. Buat masakan apa-apa je, isi tak mudah pecah atau lerai.
Lagi, kedai ni, dia tolong siang dan buang perut semua siap. Senang kerja. Balik, kita cuma kosek dengan garam untuk buang hanyir, masuk ziplock, store dalam freezer ikut kuantiti masak. Bila nak masak, keluarkan dan thaw 1 pack je. Mudahkan?
Saya pilih sebakul, ikan cencaru besar-besar lengan 5 ekor, selar papan lebar tapak tangan dua ekor. Apak dalam 7 ekor cencaru. Kami passkan pada Mutu untuk siang dan buang kulit.
Kak, marile sarapan. Lama ni kalau nak tunggu. Mari le. Ajak Apak.
Ha, oklah.
Main menu kedai: Capati, RM 1.20 sekeping.
Kami berjalan sedikit ke deretan kedai sarapan. Ada jual capati sepinggan yang ada saya sharekan hari tu, ada kedai jual roti canai belah sana sikit, dan gerai goreng-goreng. Kami menuju untuk duduk di kedai capati.
Apak, seperti biasa, meja sana orang
tegur dia. Kat belah sana tu pulak ada orang panggil, Tok! Angkat tangan. Kat
meja sini bersalaman. Kat hujung sana angkat tangan. Op!
Ni anak aku. Ni anak aku. Ko kenal?
Ni anak aku. Ni anak aku. Ko kenal?
Ni yang kawin mat saleh maghin tak ingat?
Jenal! Sihat? Ko apa khabar.
Aduhai… sana sini. Macam YB apak aku ni. Malu pulak saya. Macam nak pakai niqab je. Haha dah lah saya pakai fesyen asal boleh, aka fesyen baju menghantar-anak-ke-sekolah yang beserta pasrah serta tawaduk, dengan keyakinan yang tinggi!
Kak, ko kenal pakcik Jenal tu? Sedara mak tu.
Tak. Jawab saya.
Saya biasalah. Haha muka perasan lah. Nama atau apa pertalian… saya out. Agak fail
di situ.
Murah rezeki.
Ko hulurkan pada Jenal. Kata Apak sambil menghulurkan rm 20 kepada saya. Meja pakcik Jenal tu belakang saya je.
Pakcik, Apak bagi. Saya hulurkan kepada Pakcik Jenal pula.
Eh, terima kasih eh Bang Asan.
Apak angguk. Order kami sampai, Apak nak bayar.
Man, berapa ni?
Dah bayau a.. dah ada orang bayaukan. Kata Pakcik Man Capati.
Sapa bayo? Tanya Apak.
Tu ha. Pakcik Man tunjukkan lelaki yang panggil Apak, Tok, tadi.
Saudara kakak ipar saya, kata Apak. Oo .. biasalah saya. Oo jelah saya. Haha. Saya angguk ke arah mamat tu tanda terima kasih.
Ni makkau nak belikan apa? Lontong?
Capati? Cadangan saya.
Dah habis.. mana ada lagi? Kata Apak.
Jam baru 8.30 am guys. Ha, kalau nak makan capati besar
sepinggan, sila datang awal. Kalau tak memang melopong le kau kat situ. Haha bukan orang
melayu je lepak makan capati kat sini, Cina, India, Serani, Baba, Nyonya.. semua
ada. Kalau korang
nak tengok betapa majmuk dan santainya orang Melaka ni bermasyarakat, datanglah
ke deretan kedai sarapan ni di Taman Sinn, Ujong Pasir dan deretan kedai ikan tadi. Bak kata kawan saya,
takdehal lah kalau duduk semeja dan borak dengan loghat Melaka pekat.
Apak makan separuh sahaja capatinya. separuh lagi disuakan pada saya. Eh, semestinya boleh! Apak pun berjalan ke kedai roti canai untuk order lontong untuk mak.
Pak, akak pegi amik ikan he.
Ha. Apak tunggu sini he. Sambil tuding ke luar kedai.
Ha, ok.
Ikan-ikan kami belum bersiang.
Sampai di kedai ikan, bakul-bakul kami masih belum bersentuh.
Dah siap?? Tanya saya.
Alamaaaakk… kata Henry, tukang siang ikan.
Sudah lupa lah. Bos asingkan taruk tepi, langsung lupa.
Mereka pun terus siang ikan-ikan kami. Sambil menunggu, saya ambillah gambar mana yang boleh.
Mungkin
apak lama sangat menunggu di kedai sana, tahu-tahu saja dia dah ada di kedai sini.
Alamakk… sudah datang, sudah datang, kata Mutu, sambil menimbang ikan-ikan untuk pelanggan.
TAK SIAP LAGI??? Kata apak kuat.
Kami gelak sahaja.
Sudah lupa la boss… Kata Henry.
Op! Apa khabar? Apak menegur seorang pelanggan lelaki yang agak tinggi dan berkulit brown Serani di gerai sayur di sebelah kedai ikan.
Ni tengok adik kau kerja siang ikan main-main. Banyak main. Sudah lama aku tunggu. Sambung apak kepada lelaki tadi.
Adoi, dia cakap sama abang saya pulak. Jawab Henry sambil ketawa besar.
Sambil tunggu, apak berbual-bual dengan dua uncle Cina. Dah lama kenal nampak gayanya. Mereka kenal Mak.
Karang kau kirim salam bini kau eh. Lamaaaa tak nampak. Kata uncle.
Ni anak kau eh, San? Lawa. Macam mak dia muda-muda.
Wah, happy jap akak dengaukan.
Little things that make me happy.
Gembira saya. Simple happiness macam ni, saya tak pernah rasa semasa saya tinggal di bandar. Walaupun kawasan kami ni kawasan bandar, tapi kehidupan sangat tenang dan cool. Cost of living pun lebih kurang sahaja. Murah sikit here and there kat sini. Tapi nilai-nilai kehidupan, bagi saya, setakat ni, there is no other place like Melaka.
On the way balik, di dalam kereta,
Lontong pun free. Dorang taknak amik duit. Bagitau apak.
Allah, murah betul rezeki apak. Alhamdulillah.
Sebenarnya, bukan hari ini sahaja contoh betapa murahnya rezeki apak. Jika di ikutkan, kehidupan apak dan mak juga amat mudah dan murah. Kedua-duanya tak pernah bergaji, hanya seorang nelayan dan seorang cuci baju di rumah orang. So, tak ada pencen. Harapkan duit bantuan JKM untuk apak sahaja. Mak pula, mulai tahun ni dah tak terima lagi peruntukan bulanan bagi bantuan belanja makanan yang RM 200 tu dari Pusat Zakat. Dah buat rayuan pun, tetap jawapannya tak lulus. Kata mereka Mak sudah melepasi Haddul Kifayah.
.
Entahlah, apa yang dimaksudkan dengan Haddul Kifayah oleh pegawai zakat tu pun, macam tak berapa kena dengan keaadaan dan taraf kehidupan Mak dan Apak. Dengan saya yang single mother with two kids yang menjadi penjaga sepenuhnya untuk Mak Apak. Namun, kami semua berlapang dada sahaja.
Kami yakin, rezeki tak putus di takat tu. Hari ini
menjadi contoh. Seperti juga hari-hari yang lain. Rezeki Apak Mak memang murah. Jika
setakat untuk makan dan survive bulanan tu, Alhamdulillah. Tak pernah lagi
berlauk garam sahaja.
.
Saya nak belajarlah dengan apak. Apa agaknya amalan apak, kan? Sampai begitu sekali rezeki yang Allah beri mencurahi Apak.
.
Salawat
.
Saya nak belajarlah dengan apak. Apa agaknya amalan apak, kan? Sampai begitu sekali rezeki yang Allah beri mencurahi Apak.
.
Salawat
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TZ
10:41 am,
Jumaat
5/8/2022
Telok Mas,
Melaka.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Comments