Pakcik di ATM
Alhamdulillah, about a week has passed from my last post. Nothing BIG happened, except for the usual big ones. Hantar anak-anak ke sekolah, rumah mak apak, kedai ikan, hantar basikal anak-anak yang papa dorang belikan online ke kedai basikal.
Basikal mereka sampai dalam kotak minggu lepas. Saya fikir
sudah siap pasang, keluarkan sahaja dari kotak and off you go! Rupanya tidak. Saya
perlu bawa kedua-dua kotak yang besar tu, masukkan ke dalam kereta saya, recline
seat belakang, adjust baik-baik, hantarkan ke Kedai Basikal Cronus di Taman Pertam.
Saya hantar pada Selasa lepas, sebelum ambil anak-anak dari sekolah.
Petang tu saya singgah semula sebelum ambil Eilhaan
dari sekolah agamanya, berharapan basikal dah siap dan berharapan bolehlah muat
kereta untuk dua basikal roda besar. Yang Eilhaan bersaiz 22” dan Yasmin
bersaiz 24”. Walaupun basikal-basikal tu oleh lipat, you never know!
“Kemain lama lagi nak pasang. Banyak screw dah hilang.”
Kata uncle taukeh.
“Beli online uncle..” jawab saya.
“Itulah, kotak pun sudah rosak aku tengok. Roda saiz
22” susah mau cari sini tau. Mau order baru boleh dapat. 24” senang cari.” Jawab
uncle tu.
“Saya ada la saiz 22” tapi tayar halus, yang nipis
punya.” Jawab anak uncle taukeh.
“Ye ke? Takpelah harap-harap lama le dorang main
basikal ni, dan tak mudah rosak.”
Kami semua mengangguk-angguk tanda faham dan setuju.
Total service pasang RM 35 sahaja sebiji. Oklah,
berposak dorang nak memasang. It’s for the price of convenience they have given
us. Tapi siap satu je. Satu lagi esoknya pula.
Sekarang dah siap dah dua-dua. So, Alhamdulillah.
Basikal dah ada tu. Laju je dorang bawak. Ringan pun ringan. Ada jugak hati si
Ciro nak belikan anak-anaknya yang jauh dari matanya. Syukur. What more can I
ask? The children are happy. Itu yang lebih penting. Alhamdulillah..
.
Semalam malam, just after maghrib, ada dua beranak
kucing berekor pendek, melaung-laung di hadapan pintu depan rumah. Jari-jari
comel berbulu di hulur-hulurkan di bawah pintu. Dari suara saya pasti mesti
dorang lapau ni.
“Ma! Ada anak kucing dengan mak dia ni, Ma!” kata dak
akak yang sememangnya pencinta me-rescue.
“Bagilah makan.. amik kepala ikan sup tu.” Jawab pulak
si emak yang berhati lembut, selembut tisu akan haiwan yang kesusahan.
Maka, berlompat rianglah si rescuer, dan pembantunya
yang hanya suka melompat dan berbual-bual dengan anak kucing. Lebih dari tu.
Na-ah.
“No. Adik tunggu sini je. Guard supaya they don’t get
in.”
Leka mereka melayan kucing-kucing baru kiriman Tuhan. Bukan
saja-saja dorang datang melaung bagaikan kena histeria di depan rumah kita. Dalam
berpuluh deretan rumah di lorong ni, rumah ni jugaklah yang dorang tuju. Maka,
titipkan Alhamdulillah sahaja. Semoga dalam satu kebaikan ini, Allah melimpahi
rahmat dan keselamatan buat kami anak-beranak.
Pagi ni, saya belikan makanan untuk kitten sepack dan
sebungkus besar untuk adult cats. Makanan yang kat rumah untuk askar-askar
kucing kat belakang dan depan rumah dah habis. So, sekali harunglah kan?
Makanan untuk Dak Tam di dalam rumah ni pun banyak lagi. Haritu beli 4kg terus. Dia seekor je pulak tu. Dua bulan belum tentu habis. Yang peliknya, makanan yang sedap dan mewah ni dibiarkan bersemut, makanan askar-askar kat luar jugak yang dia rebutkan. Lepas tu gaduh. Jadi jaga rentung duduk beku kat grill belakang tak bagi kucing lain datang makan. Geram pulak kita. Haha. Jealous agaknya mama dia sayang yang lain selain dia.
Nasib
ko lah Tam.. Mak ko ni penyayang overload. Walaupun tak dicintai manusia, tapi
menjadi rebutan dan dicintai ramai kucing.
.
Pagi tadi, semasa di rumah mak apak untuk cuci kaki
mak, apak ajak lagi ke kedai ikan.
“Lagi kedai ikan? Asyik gi kedai ikan je?” Jawab saya.
“Mestilah… bukan macam ko.. beli ikan buat perhiasan
dalam peti sejuk!!” Bidas apak.
Haha. Mak tergelak mendengarkan komen apak.
“Entah, ko tu. Ikan tahan sampai dua tiga minggu.” Bakar
mak.
“Boleh tak anto apak?” tanya apak.
“Taklah, pak. Harini apak kayuh. Exercise sikit.”
Jawab saya.
“Apak memang ingat nak naik basikal pagi ni.” Sahut apak
sambil bersiap-siap.
Alhamdulillah, lega rasa saya. Takdelah rasa bersalah.
Bukan apa, pagi ni ada beberapa urusan yang perlu saya lakukan di rumah. Jika
ke kedai ikan, sampai rumah sudah jam 10 pagi. Masa jadi suntuk dan time frame
tak mencukupi untuk selesaikan checklist saya. Alhamdulillah mak apak memahami.
Selesai kaki mak, saya ambil mesin jahit saya di rumah
atas. Lama dah saya tinggal. Sejak nak raya puasa haritu masa alter langsir. Ada
projek yang saya sedang plan ni tau. Harap-harap korang supportlah nanti small
bisnes saya tu nanti. Nak tambah-tambah income harian. Yasmin has been begging
me to sell something at school. Dan saya pun sedang mencari good niche to start
my side income small business.
Saya duduk-duduk, eh, benda semua dah ada di tangan. Skil
menjahit dah ada. Belajar menjahit sampai ke negara India nun. Sampai kena
jalan kaki balik rumah sebab motor rosak dan sebab orang tu datang teramat
lambat nak amik kita. Kan? Haha. Gunakanlah.. Jadi, Bismillahi Ar Rahman Ar
Rahim.. InsyaAllah. Once ready, saya akan launch.
.
“Ko nak buat apa mesin tu?” Apak tanya.
“Nak menjahit sikit-sikit la pak. Nak cari duit
lebih.. Nak beli rumah.” Jawab saya.
“Buat le… ko reti buat, buat.” Jawab apak memberi
semangat.
Itulah antara sejenis kata-kata semangat apak selain jenis
perli, jenis senyum senget atau jenis cebik.
“Ko nak jahit apa?” tanya mak pula.
“Akak ingat……….(rahsia)” Bercerita sedikit pada mak.
“Buat le. Sikit-sikit dapat jugak. Budak-budak dah
besau, ada masa dorang kat sekolah tu ko jahit le. Kalau sepuloh doploh inggit
sehari sapa nak bagi?” suntik mak pula.
Alhamdulillah… doa dan restu mak apak lah yang paling
saya perlukan. Pembuka rezeki dan jalan yang baik-baik. Amiin amiin amiin…
.
Anyway, selesai semua, salam mak. Apak dah kayuh dari
tadi lagi selepas dia curahkan kata-kata semangatnya yang rare tu.
“Balik ah mak.”
“Tengahari kang makan sini?”
“Tak tak. Dak Yaya takde mengaji kat sekolah harini. Jadi
balik cepat. Akak masak je.”
“Ikan apa?”
“Tinggal caru. Ingat nak goreng, curah santan bawang
cili je.”
“Boleh jugak tu. Ikan caru paling senang buat lauk.
Goreng, masak asam, masak lemak, sup, kari.. semua boleh.”
Wah! Kari! Sebab tu saya nak tukau menu hari ni. Saya nak
masak kari pulak dengarkan saranan mak.
.
Sampai di Pekan Telok Mas, saya ke seven E. Ambil cash
untuk beli rempah kari, santan, mungkin timun sahaja untuk sayur, dan makanan-makanan
kucing tadi.
Sebelum saya masuk seven E, ada pakcik berbadan
gempal, tak gemuk tapi tegap, perut bulat, berbaju hijau lusuh penuh dengan
loreng-loreng cat, dah beat me to the atm machine dulu. Alamak… baru nak cepat
sikit. Kata hati saya. Tapi, Nampaknya pakcik tu masih berdiri-diri di mesin atm
1. Mesin atm 2 ada orang. Kemudian, pakcik tu beralih beratur di belakang lelaki
di mesin 2. Saya kira, kadnya mesti kad bank mesin atm 2. Saya terus ke hadapan
dan selesaikan urusan pengeluaran.
Semasa saya sedang menunggu kad dan duit keluar dari
mesin, pakcik tadi menghampiri saya. Saya cuak sikit. Kot lah.. kan? Mana tahu?
Kena berhati-hati juga.
“Dik, boleh tolong pakcik keluaukan duit?” Tanya
pakcik tu sambil menghulurkan kad banknya. Tertera di kad, bank Muamalat.
Kadnya pun masih baru.
“Boleh, cik.” Jawab saya selepas saya seluk poket
seluar saya untuk simpan kad dan duit. Dan ambil kad yang di hulurkan tu.
“Pakcik nak keluaukan berapa?” Tanya saya.
“Ko cek dulu berapa belen. Pastu baru keluaukan”
Kad dimasukkan, pin ditekan, balance inquiry.
RM 178.20 tertera di skrin.
“Pakcik ada seratus tujuh puluh lapan. Berapa pakcik
nak? 100?” tanya saya terus memberi option agar pakcik tu tak teragak-agak
dalam membuat keputusan.
“Ha, seratus.”
100.
Kad dan duit keluar. Saya ambilkan dan hulurkan pada
pakcik tu. Pakcik ambil kad dan duitnya.
“Ok, duit pakcik asal ada 178. Dah keluau 100, pastu
mesin amik singgit, belen dalam kad ada 77 inggit.”
Terang saya pada pakcik tu ringkas seperti mana saya
selalu terangkan pada apak setiap kali saya ambilkan duit bantuan bulanan apak
di bank.
Pakcik tu mengangguk faham sambil berterima kasih. Datang
seorang pakcik kurus bersongkok hitam, berbaju kemeja batik jawa coklat menyapa,
kenalan pakcik tadi agaknya.
“Eh, mana pergi sepuluh gibu hari tu?” kata pakcik batik
berseloroh.
“Amiin amiin amiin.. nanti pakcik semua dapat sepuluh
ribu.” Sahut saya sambil berlalu keluar. Mereka ketawa.
“Itu le aku tunggu duit bulan-bulan aku tak
masuk-masuk.” Saya terdengar pakcik tu jawab. Ni mesti duit bantuan dari JKM macam
apak atau duit dari anak-anak.
Hati saya tersentuh. Kesian.. begitulah susahnya hati
seorang bapa kalau takde duit nak belikan anak-anak dan isterinya mungkin juga
cucu-cucunya walau sedikit beras dan lauk pauk. Begitulah susuk hati lelaki. Ia
adalah fitrah yang Allah design buat mereka. Mudah merasa berat bahu dengan
tanggungjawab. Sepertimana fitrah rasa dan tanggungjawab kita sebagai ibu
kepada anak-anak.
Hisy, tisu betul hati saya ni. Sikit-sikit dada nak
beralun sebak. Sikit-sikit nak menitik air mata. Sikit-sikit nak teresak macam
budak bedak capuk Ryan Bakery. #eh.
Saya terus masuk kereta, drive ke kedai Saleh belakang
deretan blok seven E. Saya beli serbuk kari Babas, roti putih Gardenia jumbo,
santan kotak Farm Fresh, cheese slices, timun saiz kecil sebatang dan, yes,
makanan kucing. Total RM 32.15.
Sampai di rumah anak beranak melaung ada di atas
almari kasut. Tidur. Aww… siannya… Park kereta, curahkan makanan ke
mangkuk-mangkuk plastik, masuk ke rumah, saya terus ke dapur.
Buka pintu dapur, isikan makanan kucing untuk
askar-askar di belakang pula. Tukar air bersih, tutup pintu belakang. Settled.
I made a mug of green tea, capai ginger biscuits dari
dalam fridge. Keluarkan ikan cencaru dari freezer, put in the sink. Isi air kowey
dalam botol, masuk bilik, letak semua di atas meja. On laptop. Keluar dari
bilik semula untuk ambil beg galas campak-campak saya untuk phone dan reading
glasses. Bawa beg kembali ke bilik, duduk, dan saya mulakan menulis. Hinggalah
ke titik ini à .
Alhamdulillah. Syukur atas semuanya.
Ok. Ke titik ini à.
.
As-Sajdah 32:15
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواۡ بِهَا خَرُّواۡ سُجَّدًا وَسَبَّحُواۡ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ۩
Only those who believe in Our verses who, when they are reminded by them, fall down in prostration and exalt [ Allah ] with praise of their Lord, and they are not arrogant.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
.
TZ
11:37 am, Thursday
Telok Mas, Melaka.
K bai. Last last.
Titik ini à.
.

.jpeg)


Comments