Melestarikan Hidup Sebagai Ibu
Menjadi seorang ibu sangat best, wonderful dan penuh dengan barakah, tapi boleh juga menjadi sangat susah dan mencabar. Kita mempunyai jadual yang padat dengan anak-anak yang masih kecil dan yang sedang membesar untuk dididik dan dibesarkan, memang amat payah untuk kita mencari masa dan tenaga untuk menjaga diri sendiri.
Kita
selalu luangkan masa yang sangat banyak untuk menjaga dan memenuhi keperluan
anak-anak (serta suami dan kediaman) sehinggakan kita mengabaikan kesihatan
kita sendiri. Selalu kita terlupa hari ini hari apa. Kes tertukar tarikh pun
biasa juga.
Jangan le risau! Semoga panduan berguna ini dapat membantu korang dalam menjaga diri, mental, emosi dan hati. Jika ia tidak dapat membantu dalam mengurus diri secara total, sedikit demi sedikit pun jadilah. Janji korang cuba buat, dan cuba istiqomah. Demi kemaslahatan rakyat di rumah kita. Trust me. I write this through my experience.
Apatah lagi saya adalah seorang ibu tunggal kepada dua anak-anak
yang sangat aktif dan saban hari membesar dengan pantas. Lebih-lebih lagi, akal
mereka jauh lebih laju tumbesarannya. Ada sahaja invention atau projek yang
mereka lakukan dalam diam.
Paksa Cari Masa
Mencari masa untuk bersenam adalah suatu cabaran maha hebat untuk mak-mak. Jika korang merasakan seperti “Pi mai, pi mai, tang tu”, setiap tahun baru asyik buat new year’s resolution, visual board nak kurus, nak sihat, tapi tak pernah satu pun yang menjadi. Apabila saban tahun plan korang gagal, mesti korang dah set diminda dan berfikir serta merasakan ia sangat mustahil untuk digapai. Walaupun untuk berjalan perlahan pusing-pusing taman perumahan korang.
Berlari-lari anak jauh
sekali. Ya dak?
Jika korang pernah terasa tak
ada masa langsung nak bersenam, nak bangun dari sofa kemudian berjalan sejauh
tiga meter untuk ambil remote control tv pun kena panggil anak korang yang
sedang bermain lego di bilik paling belakang tu tolong ambilkan, ketahuilah,
mencari masa untuk bersenam adalah lebih besar ganjarannya.
Cuba
Walaupun masa lapang yang
ada sangat singkat, cuba korang buat senaman yang padat seperti ikut video di
Youtube yang berdurasi 10 hingga ke 15 minit. Contohnya; pilates for beginner,
10 minutes workout, smaller hips in 10 days workout, stay at home short
exercise dan banyak lagi.
Saya amat menyarankan untuk korang cuba yoga for beginners, pilates atau simple stretches. Video senaman-senaman ini amat mudah diikuti dan dilakukan. Ia juga ada mengajar kita cara untuk bernafas dengan betul. Ini penting. Korang jangan rasa korang masih hidup tu, bernafaslah tu. Na-ah!
Itu bernafas di separa sedar. Body dah ingat
untuk buat sendiri. Kadang-kadang tu kita tak perasan pun kita menahan nafas
lebih dari 30 saat sebab menahan marah kerana anak lambakkan tepung satu dapur.
Hati-hati, jangan tahan nafas lama sangat. Boleh braindead pula!
Pakai yang bersesuaian
Baik. Selain dari buat sendiri dirumah dengan bantuan video, korang boleh juga berjalan dengan anak-anak ambil angin petang. Tawaf la lorong kat rumah korang dan lorong sebelah kalau larat dan belum semput mengejar anak korang berlari bagaikan lipas kudung. Ataupun, jika korang mahukan “me time” walau sedikit, selepas anak-anak tidur, contoh dalam jam 10.00 malam, bolehlah korang keluar sekejap. Berjalan pergi balik kat lorong dah le. Kalau berpusing lorong sebelah, takut orang report polis.
“Indivdu tak dikenali memakai kain batik polos merayau-rayau sendirian di waktu malam”.
Maklumlah, zaman sekarang, jiran depan
pun tak kenal. Apakan lagi lorong sebelah. Tak memasal! Naya.
Tidak dinafikan bersenam dirumah amat mudah, dan menjimatkan masa. Korang boleh juga enroll kelas yoga, pilates, Zumba atau apa-apa sahaja secara virtual, yakni di atas talian. Sudah banyak program seperti ini dijalankan. Ia juga amat membantu untuk korang menggalakkan anak-anak untuk aktif sedari awal. Barulah semangat nak bersenam. Buat bersama-sama sekeluarga.
Ada banyak cara untuk korang boleh lakukan dengan
keluarga korang. Apabila anak-anak meningkat usia, korang boleh pergi hiking
bersama, berenang, bermain badminton dan berbasikal di hujung minggu.
Memelihara kesihatan
minda
Zaman telah banyak berubah, tetapi, masih ramai lagi diantara kita merasa khuatir dan malu untuk bercakap tentang kesihatan mental secara terbuka. Kita sebenarnya boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki kesejahteraan mental kita dan mengurangkan simptom dari menjadi lebih parah.
Ia sangat penting untuk kita mengenali
dan memahami diantara mengalami reaksi semula jadi yang normal dengan emosi
yang hadir, atau dengan mempunyai tanda-tanda dan simptom sakit mental.
Sebagai contoh, kita menjadi
risau dan gugup untuk pertama kali memandu sendiri tanpa suami, sejuk
tangan-tangan dan hanya bertemankan suara waze, kemudian lega perut seperti
selesai projek no. 1 di tandas bila sudah sampai di destinasi. Atau pergi
interview dan interviewer dia comel yakmat bagai nak luruh jantung sampaikan
terlupa yang kejap lagi nak ambil anak-anak balik sekolah. Itu normal.
Asyik nak stress je
Tapi, bagaimana pula jika korang berasa seolah-olah korang sentiasa di ‘borderline’; geram je, nak marah je, dan korang tak rasa nak atau mungkin tak tahu untuk berhentikan perasaan dan suara-suara kecil yang bermain di fikiran. Kemurungan, kebimbangan yang melampau seperti ini ataupun “anxiety” adalah salah satu masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dikalangan masyarakat dan boleh menjejaskan kesihatan mental sesiapa sahaja.
Ia boleh melemahkan fizikal, mental dan boleh
meningkat teruk jika tidak ditangani. Jika korang pernah mengalaminya,
segeralah dapatkan bantuan.
Kita ada Tuhan
Sebagai orang Islam, kita
punya Allah untuk mengadu dan memohon pertolongan. Bersolat, mengaji Al-Quran,
bangun malam bertahajjud dan berzikir, malah dengan berpuasa juga adalah cara
yang paling mudah dan percuma untuk menjamin kesihatan mental kita. Kerana,
sudah termaktub, Allah berfirman,
Surah Ar-Ra'd 13:28
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ
وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ
ٱلْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang
yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah
dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Namun, ini tidak menghalang
kita dari berikhtiar lain seperti menyertai support group, bercerita masalah
kepada sahabat baik, ataupun berjumpa dengan psychologist. Momokan orang kita,
jika jumpa sychologist je, sudah gila la tu. Yang sebenarnya ada banyak
kebaikan bertemu dengan psychologist kerana mereka adalah pakar. Mereka boleh
membantu dari segi nasihat, plan hidup berjadual, ataupun pelan pemulihan jika
mereka mendapati sesorang itu amat memerlukan.
Pokoknya
Mak-mak selalu berasa
bersalah jika tak perfect dalam menjaga dan mendidik anak-anak macam mak
anak-anak jiran sebelah, ataupun seperti anak-anak TikTok-ers yang cantik dan
up to date dari segi fesyen dan pemakanan. Stressnya korang sehingga mengabaikan
kesihatan diri dan kesejahteraan sahsiah diri. Untuk kesihatan yang lebih baik
secara menyeluruh, ia adalah vital untuk korang menjaga diri, fizikal, mental
dan hati.
Cara saya
Pada November 2021, saya telah menyertai kelas Pilates setelah bertahun-tahun niat saya itu ditangguhkan oleh saya sendiri. Akhirnya, saya nekad. Kelas yang saya hadiri adalah secara fizikal di studio Pilates bersama 4-6 orang peserta yang lain pada setiap Selasa dan Jumaat. Kelas berdurasi selama satu jam setengah.
Kelas Pilates
adalah kelas yang sentiasa saya tunggu setiap minggu kerana ia adalah sesi
‘recharge’ and “rejuvenate” my mind and body. Setakat sehingga July 2022, saya
bukan sahaja berjaya menghilangkan 3 kg dari mesin penimbang, menurut
instructor saya, postur badan saya juga sudah bertambah baik. Lebih lurus dan
tidak membengkuk seperti awal-awal latihan dahulu. Bahkan, saya juga dapat
merasa perubahan yang sangat baik ini kerana tidur saya semakin nyenyak dan
teratur. Korang boleh cuba mencari kelas-kelas senaman yang ditawarkan di tempat
kalian. Dapat seminggu sekali pun sudah besar usaha korang.
Korang dah boleh mulakan tau!
Semoga dengan cara dan panduan yang saya kongsikan ini dapat digunapakai.
Sedikit tak apa, yang penting mulakan, dan istiqomah. InsyaAllah.
The pilates studio I am attending.
.jpeg)


Comments